Tugasan....oh...tugasan, bermula sudah semester 2012/ 2013 kelas sarjana kepimpinan pendidikan di Universiti Malaya ......hari pertama sudah menerima berbagai tugasan yang diberikan. Alhamdulillah aku bersama sekumpulan rakan-rakan yang sedia bantu membantu dan bekerjasama didalam menyelesaikan amanah yang diberikan.
Terima kasih kepada pensyarah-pensyarah ku yang tidak lokek memberi tunjuk ajar..
Cabaran yang paling hebat adalah tugasan membina laman blog peribadi, kelas YXGA 6112 dibawah seliaan Dr. Zuraidah. Bagi diriku ia merupakan satu perkara yang baru untuk aku pelajari. Apabila mendengar sahaja tugasan membina blog diberikan....senyum dan terima secara positif.
Terima kasih kepada rakan sekuliah ku Pn. Nurul kerana memberi tunjuk ajar tentang membina blog ini....banyak benda yang perlu aku pelajari.
Oleh itu kepada rakan-rakan ku Kohort II MARA. Semoga berjaya kita mengharungi sem ini dengan mendapat CGPA 4.0.
www.google.com
www.facebook.com
http://unitpimrsm.net


Tugasan hidupan insan menjadi lebih mudah dan terarah jika penambahbaikan merajai dalam setiap pelakuan dan hati insani. Ingatlah sabda junjungan SAW yang menjelaskan insan yang terbaik ialah insan yang amalnya lebih baik hari ini daripada semalam......Tugasan itu boleh digalas jika batunya dibuang jauh-jauh
ReplyDeleteHebat dan mantap komen saudara....selagi kita bernafas. Tugas kita sebagai khalifah di muka bumi ini tidak akan selesai.
DeleteBatu2 yg digalas mampu dilontar jauh2 sekiranya kita terus menggali ilmu allah tanpa ada rasa keterpaksaannya. Dzatnya x terhingga nikmatnya makin dihayati makin terasa kecilnya diri ini krn masih byk lagi rahsia Allah yg belum diterokai... berat yg terasa semakin ringan apabila diri ingin terus mencari dan mencabar diri... bkn mudah utk capai bintang di langit, terasa dekat tp sebenarnya masih jauh beribu batu! Maka teruskan usaha melakukan perubahan !
Deletecabaran menjadi indah setelah ia dilalui, akal dan iman seiring mengawal tindakan, manusia yg berusaha dia akan berjaya lambat atau cepat, manusia yg berjaya pula....tiada antara mereka yg tidak berusaha.....
ReplyDeletesemoga cemerlang dunia akhirat, teruskan usaha.....
Terima kasih diatas pandangan, memang benar setiap cabaran mengandungi seribu segala pengalaman.
ReplyDelete