Monday, 4 March 2013

Jangan Ambil Mudah Bahasa Melayu Kita !!!!

27 - 28 Februari 2013
Merupakan tarikh aku diarahkan pergi ke `Kursus Penyegaran Bahasa Melayu : Asas Tatabahasa`. Kursus ini merupakan anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka. Sebenarnya aku menggantikan rakan yang tidak dapat hadir kerana mempunyai urusan yang lain. Jauh disudut hati memang malas hendak pergi, ini kerana sudah 2 minggu aku tidak masuk ke pejabat kerana tugas luar. Banyak perkara yang hendak dibuat bila sudah lama tidak masuk pejabat, ada 70 email didalam inbox lotus note aku yang perlu dijawab. Tetapi siapalah aku untuk membantah, ayat `Kami Menurut Perintah` merupakan kata sakti yang perlu dilaksanakan sebagai kakitangan kerajaan.

 
Positif....positif...positif, aku cuba menenangkan hati dan jiwa supaya berkat ilmu bila berkursus nanti. Bila melihat kandungan jadual kursus, harap-harap kursus ini dapat memberi manfaat pada aku.





Penceramah kursus ini adalah Pn. Hasnah binti Mohd Saleh, beliau merupakan pensyarah kanan di IPG Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur. Sesi pengenalan dari beliau, sudah memberi gambaran bahawa betapa cintanya beliau pada Bahasa Melayu yang merupakan Bahasa Kebangsaan Kita. Kami diminta untuk menyanyikan bersama `Lagu Bahasa Jiwa Bangsa` bagi menyuntik semangat peserta kursus tentang hebatnya Bahasa Melayu kita ini. Aku secara tidak langsung turut merasakan akan satu perasaan bangga betapa jati diri aku sebagai bangsa melayu dan rakyat Malaysia.

 Perasaan bangga tidak ada gunanya juga jika kita sendiri sebagai rakyat Malaysia, malu untuk bertutur dengan cara yang betul. `Separuh Belut @ Separuh Ular` itulah bidalan yang diberikan kepada penceramah kepada spesis rakyat Malaysia yang selalu mencampur adukkan pertuturan mereka dengan Bahasa Inggeris. Paling sedih jika mereka yang mempunyai kuasa, lebih berbangga menggunakan Bahasa Inggeris untuk menyampaikan maklumat. Bila dengan melayu cakap melayu, dengan orang cina dan india cakap inggeris. Sampai bila pun sudah 56 tahun kita merdeka, masih ada lagi rakyat Malaysia yang tidak mampu bertutur dengan baik bahasa kebangsaan. Ini merupakan satu keaiban yang besar bagi sebuah negara.

Pusat Pengajian dan Peradaban Melayu
 
Contohilah negara China, Korea dan Jepun. Memandangkan Dasar Pandang Ke Timur merupakan salah satu agenda kerajaan. Bagaimana mereka menggunakan bahasa sebagai medium untuk menyatu padukan rakyat dan membangunkan modal insan mereka. Kerana mereka percaya itulah perkara yang paling penting membentuk jati diri sesebuah negara.

Tokoh-Tokoh Ilmuwan Bahasa
 

Kongres Bahasa Dan Persuratan Melayu Ke-3 di Istana Besar, Johor Baharu
 
 
Bersemangat pula diri aku bila mendengar ceramah dari kursus ini, banyak ilmu yang aku dapat tentang penggunaan tatabahasa melayu yang betul. Rumusan yang boleh aku simpulkan `Gunalah Bahasa Melayu dengan betul dan berbanggalah dengannya sebagai rakyat Malaysia. Akhir sekali dari aku, cuba tengok gambar-gambar dibawah ini. Betul atau salah penggunaan tatabahasa didalam papan tanda!!!!!!
 







Pihak yang berwajib perlulah peka dengan perkara ini, 56 tahun negara kita sudah merdeka tetapi masih ada lagi mereka yang tidak bijak menggunakan Bahasa Melayu dengan betul.

 
`Satu Bahasa, Satu Bangsa dan Satu Negara`
 
 


www.facebook.com
http://unitpimrsm.net



No comments:

Post a Comment